Soalan Lazim Soalan Lazim

 

BIL.

SOALAN

MAKLUM BALAS

         A. WAKTU OPERASI

    1.

Apakah waktu operasi TBNSA?

TBNSA beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Selasa hingga Ahad untuk kunjungan pelawat. TBNSA dibuka pada hari Isnin sekiranya ia jatuh pada hari cuti persekolahan dan cuti umum (kecuali Aidilfitri). Sekiranya terdapat keperluan untuk menutup operasi TBNSA sempena sesuatu sambutan/ cuti umum, pemakluman awal akan diberikan melalui laman media sosial rasmi TBNSA.

     2.

Adakah pengunjung perlu meninggalkan kawasan TBNSA sebelum tamat waktu operasi jam 4.30 petang?

 

Tidak. Demi keselamatan pengunjung, anda dinasihatkan untuk meninggalkan TBNSA selewat-lewatnya jam 6.30 petang (telah berada di Kaunter Tiket).

 

Waktu penutupan operasi jam 4.30 petang merujuk kepada waktu penutupan pintu masuk dan Kaunter Tiket TBNSA.

    3.

Adakah joggers dibenarkan untuk memasuki TBNSA lebih awal?

Joggersboleh memasuki TBNSA seawal jam 7 pagi melalui Pos Renjer 2 yang terletak berhampiran kawasan letak kenderaan dengan mengemukakan tiket masuk yang telah dibeli lebih awal pada hari-hari sebelumnya di Kaunter Tiket/ Kaunter Tempahan.

    4.

Adakah pengunjung dibenarkan memasuki kawasan TBNSA selepas jam 4.30 petang?

Hanya pengunjung berikut dibenarkan memasuki kawasan TBNSA selepas jam 4.30 petang melalui Pos Renjer 2:

 

  1. pekerja produksi yang telah membuat tempahan awal bagi aktiviti penggambaran;
  2. operator dan peserta team building yang telah membuat  tempahan awal bagi aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh TBNSA; dan
  3. pengunjung yang telah membeli tiket lebih awal.

 

Kebenaran tertakluk kepada kawasan dan aktiviti yang dibenarkan oleh TBNSA.

       B. CAJ BAYARAN MASUK

    1.

Apakah caj bayaran yang dikenakan oleh TBNSA kepada pengunjung?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengunjung dikenakan bayaran berikut:

 

  1. caj letak kenderaan mengikut kadar berikut:

Jenis Kenderaan

Kadar bayaran (sekali masuk)/ kenderaan

Motorsikal

RM1

Kereta/ MPV/ SUV

RM5

Bas/ Lori

RM10

 

  1. caj konservasi melalui penjualan tiket masuk dengan kadar mengikut kategori berikut:

 

Pengunjung

Kadar bayaran

Kanak-kanak bawah 6 tahun  dan Orang Kelainan Upaya

Percuma

6 tahun hingga 11 tahun

RM1

12 tahun ke atas

RM3

Warga emas (60 tahun dan ke atas)

RM1

 

     2.

Dimanakah tiket masuk dijual?

 

Pembelian tiket masuk oleh pengunjung harian (walk-in visitor) boleh dibuat di Kaunter Tiket TBNSA. Manakala bagi pengunjung yang memasuki TBNSA secara berkumpulan melalui tempahan awal, boleh mendapatkan tiket masuk (dalam bentuk resit bayaran) di Kaunter Tempahan TBNSA.

     3.

Adakah pembayaran boleh dibuat secara atas talian?

 

TBNSA hanya menerima bayaran secara tunai bagi pembelian tiket oleh pengunjung harian (walk-in visitor).

 

Pembayaran bagi aktiviti berkumpulan melalui tempahan awal boleh dibuat di Kaunter Tempahan TBNSA melalui dua kaedah:

 

  1. tunai; dan
  2. Banker’s Cheque.
      C. TEMPAHAN

     1.

Adakah pengunjung perlu membuat tempahan awal?

Pengunjung berkumpulan (contoh: lawatan rasmi, lawatan sekolah, program CSR dan larian) perlu membuat tempahan awal bagi membolehkan TBNSA mengaturkan kemudahan logistik (pengangkutan dan lokasi program) dan mengelakkan kesesakan akibat pertembungan aktiviti yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada pengunjung berkumpulan.

     2.

Dimanakah tempahan awal boleh dibuat?

 

Tempahan awal boleh dibuat melalui tiga kaedah:

  1. e-melkan kepada reservation.tbnsa@kpkm.gov.my;
  2. panggilan telefon 03-55106922; dan
  3. secara fizikal di Kaunter Tempahan.

     3.

Adakah lawatan tapak dan sesi konsultasi disediakan oleh TBNSA sebelum tempahan dibuat?

TBNSA menyediakan kemudahan konsultasi dan lawatan tapak secara percuma supaya potential client mendapat maklumat yang lengkap sebelum sesuatu program dilaksanakan di TBNSA.

     4.

Dimanakah potential client boleh mendapatkan kemudahan konsultasi dan lawatan tapak?

Potential clientboleh mendapatkan kemudahan konsultasi dan lawatan tapak secara percuma dengan menghubungi talian 03-55106922 atau e-mel reservation.tbnsa@kpkm.gov.my.

     5.

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rombongan/ lawatan sekolah?

 

Maklumat lanjut berkenaan rombongan lawatan sekolah didapati melalui 3 kaedah:-

 

  1. e-melkan kepada reservation.tbnsa@kpkm.gov.my;
  2. panggilan telefon 03-55106922/23; dan
  3. secara fizikal di Kaunter Tempahan.