Rumah Terengganu Rumah Terengganu

 

 

RUMAH TERENGGANU

Negeri Terengganu mempunyai beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri daripada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.

Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting singgora.