Soalan Lazim Soalan Lazim

 

7. Adakah terdapat kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh pihak taman kepada para pelawat untuk bersiar-siar di dalam Taman Botani Negara Shah Alam?
    Terdapat perkhidmatan bas dalam taman (trem) yang disediakan untuk para pelawat bersiar-siar.
8. Apakah perkembangan terbaru atau aktiviti tambahan yang terdapat di Taman Botani Negara Shah Alam?
    TBNSA dalam pembangunan Taman 1Malaysia, Taman Konservasi Herba dan Tumbuhan Ubatan, Taman Memori, Taman Zingerberalis, Kaunter Tiket Utama, Pusat Pelawat dan Pusat Pengkalan Data
9. Apakah agensi-agensi yang terlibat di bawah Taman Botani Negara Shah Alam?
    Dahulu
    - Jabatan Pertanian
    - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
    - Jabatan Perikanan
    - Jabatan Pengairan & Saliran (JPS)
    - Agro Bank (Bank Pertanian Malaysia)
    - Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia
    - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
    - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(MADA)
    - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
    - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
    - Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)
    - Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
    2 Agensi Dari Kerajaan Negeri Selangor
    - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
    Sekarang
    - Jabatan Pertanian
    - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
    - Jabatan Perikanan
10. Bagaimanakah gambaran yang lebih jelas tentang taman ini disamping fungsi utamanya sebagai tempat pelancongan?
    - Memperkenalkan TBNSA sebagai pusat Agro pelancongan yang berdaya saing dan lestari
    - Mengekalkan konsep eksplorasi dan konservasi sebagai sumber tarikan
    - Menerapkan elemen penyelidikan dan pendidikan botanikal kepada masyarakat
    - Meningkatkan kesedaran kepentingan alam sekitar dalam industri pelancongan
11. Bagaimanakah caranya untuk ke Taman Botani Negara Shah Alam?
    Bas RapidKL:
    Menaiki bas bernombor 63 atau 338 dari Kuala Lumpur dan turun di stesyen bas berhampiran Bangunan Maybank di Pusat Bandar Shah Alam. Seterusnya menaiki teksi ke taman.
    KTM Komuter :
    Menaiki KTM Komuter dan turun di Stesyen Shah Alam dan kemudian menaiki teksi (20 minit) untuk sampai ke taman.
    Kenderaan sendiri atau teksi :
    Dari Lebuhraya Persekutuan mengikuti susur keluar menuju ke arah Bandaraya Shah Alam dan ikuti papan tanda untuk ke taman. Tambang teksi ialah RM20 dari Kuala Lumpur dan RM10 dari Kelang
12. Maklumat Pegawai untuk dihubungi?
    Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :
    Alamat : Taman Botani Negara Shah Alam, 40000 Shah Alam
    Telefon : 03-5510 6922 / 03-5510 6922 samb. 13 (waktu pejabat)
                 03-5510 7048 / 03-5510 7048 (untuk tempahan penginapan)
    Fax      : 03-5510 0922
    Email   : tbnsa@moa.gov.my
Halaman: 1  2