Rumah Johor Rumah Johor

 


  

   Rumah Johor 1                                            Rumah Johor 2

Di Negeri Johor terdapat rumah-rumah bebentuk limas dikenali kerana bumbungnya mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menurun ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya pula dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu.

Rumah ini mudah dikenali berdasarkan puncak bumbungnya yang dipasang kayu berbentuk tajam yang dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di bahagian hujung serambi dipanggil anjung. Ruang serambi ini dipisahkan dengan ruang ibu rumah menggunakan dinding kayu. Manakala ibu rumah dan ruang dapur dipisahkan oleh ruang selang atau selasar.