TEROWONG MISTERI EMPANGAN SUNGAI AIR KUNING TEROWONG MISTERI EMPANGAN SUNGAI AIR KUNING

TEROWONG MISTERI EMPANGAN SUNGAI AIR KUNING

Dari segi sejarah terowong ini dibina oleh pihak British semasa penjajahan British di Tanah Malayu pada tahun 1930-an dengan tujuan asal untuk menyalurkan  bekalan air  dari Bukit Cherakah ke Klang Utara dan kegunaan penduduk sekitarnya.    Masalah pengangkutan dan perhubungan menyebabkan penyelenggaraan empangan sumber air menjadi sukar, maka empangan tersebut ditinggalkan dalam tahun 1966.

Terowong sepanjang 323 meter ini yang dibina tanpa mengunakan teknologi moden menghubungkan Empangan Sungai Air Kuning dan Camar Rimba merentasi bukit setinggi 180 meter.

Terowong ini telah diterokai buat kali pertama pada tahun 27 Januari 1990 oleh 9 orang sukarelawan – terdiri daripada kakitangan Taman Pertanian Malaysia dan anggota bomba bagi mengesahkan kekukuhan struktur binaan.  Manakala  penerokaan kali kedua pada  11 September 2004 bagi tujuan mempromosi dan membuka terowong tersebut sebagai tarikan kepada para pelawat.

Daripada penerokaan yang dilakukan, terowong misteri mempunyai misterinya tersendiri yang tidak dapat ditafsirkan secara mendalam.  Namun ia menjadi satu tarikan yang boleh dilawati dan diterokai oleh semua.