Aktiviti Aktiviti

4.    AKTIVITI-AKTIVITI

   4.1    TBNSA beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin di mana hanya pejabat pengurusan TBNSA sahaja dibuka pada hari ini. TBNSA juga beroperasi pada setiap hari cuti dan cuti sekolah dan pada hari-hari ini, TBNSA akan dibuka pada hari Isnin. Kluster-kluster aktiviti utama TBNSA adalah seperti berikut:

      i.    Tempat-tempat penyelidikan dan pameran
Taman Padi, Taman Buah-buahan Tropika, Taman Koko, Arboretum tumbuhan nadir Malaysia, Taman Hiasan, Taman Kelapa, Pusat Pameran Teknologi Pertanian (Taman Hidroponik), Taman Orkid, Taman 1 Malaysia, Pusat Pelawat (Visitor's Centre), Pusat Maklumat (Database Centre), Taman Rempah Ratus, Taman Haiwan, Empangan Sungai Baru, Empangan Sungai Kuning dan Danau Perikanan;
      ii.    Tempat-tempat penginapan
Rumah-rumah Kampung Budaya, rumah-rumah Kampung Idaman, chalet A-Frame, tapak khemah;
      iii.    Tempat berkursus, tapak hari keluarga, majlis-majlis dan lokasi penggambaran filem
Dewan Kampung Budaya, Rumah-rumah Kampung Budaya, rumah-rumah Kampung Idaman, Camar Rimba, amfiteater,  dan multipurpose ban;
      iv.    Aktiviti rekreasi
Basikal, kolam renang, trek hutan, larian/aktiviti berhalangan, memancing, flying fox dan kayak; dan
        v.    Kemudahan awam
Bekalan elektrik dan air, perkhidmatan bas, tandas, gerai-gerai makan dan jualan, wakaf dan pondok rehat, pondok menunggu bas, siar kaki dan kolam renang.

   4.2    Struktur organisasi TBNSA adalah seperti berikut:

      i.    Komponen pengurusan dan pentadbiran
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, akaun amanah TBNSA, perjawatan dan keselamatan;
      ii.    Komponen botani
Menguruskan penyelidikan dan pembangunan mengenai spesies-spesies tumbuhan termasuk pokok terutamanya spesies-spesies nadir dan terancam yang terdapat di TBNSA dan menyelenggarakan nurseri untuk bekalan tanaman dan tumbuhan ke Taman 1 Malaysia dan Taman Orkid;
      iii.    Komponen pertanian
Menyelenggarakan semua Taman dan merancang dan melaksanakan aktiviti landskap;  
      iv.    Komponen perikanan
Menyelenggarakan semua kawasan berair (water bodies) di TBNSA, memastikan pusat pameran ternakan ikan dalam sangkar terus beroperasi dan melakukan penyelidikan mengenai spesies-spesies ikan endemik yang terdapat di TBNSA;
      v.    Komponen veterinar
Menyelenggarakan Taman Haiwan dan melakukan penyelidikan mengenai spesies-spesies haiwan yang terdapat di dalam TBNSA;
      vi.    Komponen kejuruteraan
Memantau dan menyelenggarakan semua status kemudahan awam di TBNSA, menyediakan spesifikasi dan menyediakan sebut harga dan tender untuk kerja-kerja; dan
      vii.    Komponen perhubungan awam
Mempromosikan TBNSA kepada orang ramai merangkumi umum, sektor swasta, institut pendidikan tinggi dan institut penyelidikan melalui media massa, pengiklanan dan penyertaan dalam pameran. Bertanggungjawab ke atas tempahan, penyelenggaraan dan kebersihan setiap tempat penginapan serta memberi penerangan kepada pelawat-pelawat ke TBNSA.