Perkampungan Budaya Perkampungan Budaya

Perkampungan Budaya terletak di tengah-tengah hutan tropika yang berkeluasan 20 hektar. Di sini terdapat contoh sebuah perkampungan tradisional Malaysia seperti rumah tradisional yang berseni bina bangsawan Melayu.

Keistimewaannya, kampung ini terdiri daripada lima bahagian, yakni terdapat rumah negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang membentuk kawasan Pantai Timur. Sementara bahagian selatan terdiri daripada rumah yang bercirikan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Kawasan ini masih mengekalkan ciri-ciri semula jadi. Selain itu, tersergam indah Kompleks Perkampungan Budaya yang terdiri daripada dua buah dewan yang bercirikan senibina tradisi Melayu.

Pelbagai kemudahan turut disediakan di sini seperti kawasan lapang, laluan pejalan kaki, wakaf (tempat berehat) untuk pengunjung bersiar-siar dan bersantai.