Empangan Sungai Baru merupakan sumber bekalan air utama bagi penduduk Klang Utara pada tahun 1930 hingga 1960. Empangan ini menjadi habitat pelbagai jenis ikan dan tidak dibuka kepada umum atas faktor keselamatan.
Sekiranya anda ke Empangan Sungai Baru, jangan lupa singgah ke pokok Meranti Pa’ang yang terletak berdekatan dengan empangan ini. Pokok ini dianggarkan berusia lebih 100 tahun.