Laman Rempah Ratus Laman Rempah Ratus

Laman Rempah Ratus

 

Laman Rempah Ratus berkeluasan 4.49 hektar dan menempatkan koleksi tanaman rempah iaitu tumbuhan yang bahagian tertentunya seperti kulit, daun dan buah boleh  dikeringkan dan mengeluarkan aroma serta rasa tersendiri. Tanaman ini boleh  digunakan untuk menambahkan perisa pada masakan. Koleksi tanaman di laman ini  diperoleh melalui eksplorasi in-situ dan ex-situ serta seumbangan dari badan-badan korporat bagi tujuan penyelidikan, konservasi dan pendidikan.

 

Pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai tanaman rempah ratus yang terdapat di DI Laman ini seperti:

 

  1. Kayu Manis (Cinnamomum zeylanicum)
  2. Asam Gelugor (Garcinia atroviridis)
  3. Asam Jawa (Tamarindus indica)
  4. Teh Camellia (Camellia sinensis)
  5. Kopi Arabica (Coffea arabica)
  6. Kopi Robusta (Coffea robusta)
  7. Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa )
  8. Buah Pala (Myristica fragrans)
  9. Kantan (Etlingera elatior)
  10. Buah Keras (Aleurites moluccana)
  11. Limau Kasturi (Citrus microcarpa)
  12. Limau Purut (Citrus hystrix)