Taman Kaktus Taman Kaktus

Laman Kaktus

 

Taman Kaktus ini telah diilhamkan oleh YBhg. Datuk Seri Sanusi bin Junid mantan Menteri Pertanian 1986. Taman Kaktus ini telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan  dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Abu Bakar bin Mahmud Ketua Pengarah Jabatan Pertanian pada 31 Oktober 1992. Taman Kaktus berkeluasan 1.5 hektar ini telah dilandskapkan sebagai          sebuah gurun bagi mengumpulkan pelbagai varieti tanaman dari keluarga tumbuhan Cactaceae, Apocynaceae, Asparagaceaedan Cycadaceae.

 

Pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai tumbuhan kaktus yang unik terdapat disini adalah seperti:

 

  1. Kaktus Centong (Opuntia cochenillifera) dari Amerika Syarikat
  2. Kaktus African Milk Tree (Euphorbia trigona)dari Benua Afrika
  3. Kaktus Karang Hijau (Euphorbia Lactea)berasal dari Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika Tropika dan Sri Lanka.