Rumah Perlis Rumah Perlis

 

Rumah Bumbung Panjang Perlis mempunyai banyak tiang adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar berbentuk huruf 'V' terbalik.

Komponen bangunan rumah berkenaan terdiri daripada rumah ibu dan rumah dapur. Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang lepar (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Ruang dapur terdiri daripada satu bahagian yang tidak bersekat tetapi dipisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang.

Rumah Panjang Perlis diperbuat dari kayu cengal dan damar laut, dindingnya dari kelarai, atapnya daripada rumbia dan nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.