Rumah Pulau Pinang Rumah Pulau Pinang

 

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu. Salah satu rumah tradisional Melayu tersebut adalah Rumah Serambi Gajah Menyusu yang dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti kelihatan seekor gajah sedang menyusukan anaknya.

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala pembahagian ruangnya pula terdiri daripada rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur.

Bahan-bahan pembinaan rumah ini terdiri daripada kayu cengal dan meranti manakala atapnya daripada rumbia.