RUMAH NEGERI SEMBILAN Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan menyerupai seni bina rumah adat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbung sedikit melengkung di bahagian hujung. Manakala muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi. Komponen bangunannya terdiri daripada rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi manakala ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik. Manakala terdapat ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng yang merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat penyimpanan barang. |