Di Negeri Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.
Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.