Rumah Melaka Rumah Melaka

 

RUMAH MELAKA

 

Rumah Melaka terkenal dengan tangga batu yang disalut dengan jubin beraneka warna. Rumah Melaka didirikan menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Rumah Melaka mempunyai ruang serambi di hadapan dan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengahnya pula terdapat sebuah bilik antara rumah ibu dan rumah dapur yang dipanggil selang.