Rumah Perlis Rumah Perlis

 

RUMAH PERLIS

 

Rumah Perlis mempunyai 24 batang tiang dengan bentuk rumah yang memanjang dan bumbung lurus mendatar. Di bahagian hadapan rumah dipasang dipasang tebar layar berbentuk huruf 'V' terbalik.

Bangunannya terdiri daripada rumah ibu dan rumah dapur. Rumah ibu terdiri daripada ruang lepar (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Manakala, ruang dapur terdiri daripada satu bahagian yang dipisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang.

Rumah ini diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya dari kelarai, atapnya daripada rumbia dan nipah dan adakalanya menggunakan genting singgora.