Rumah Pahang Rumah Pahang

 

RUMAH PAHANG

 

Rumah Tradisional Melayu di Pahang dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.

Ruang dapur rumah ini mempunyai ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.