Rumah Pulau Pinang Rumah Pulau Pinang

 

RUMAH PULAU PINANG

 

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu.

Salah satu rumah tradisional Melayu tersebut yang terdapat di Kampung Idaman adalah Rumah Serambi Gajah. Pembahagian ruangnya terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam dan dapur. Rumah ini diperbuat daripada kayu cengal dan meranti.