Rumah Kedah Rumah Kedah

 

Rumah Peladang Kedah

Rumah Panjang Kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurus mendatar menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf 'V' terbalik.

Rumah Panjang Kedah terdiri dari beberapa ruang lepar dan ruang rumah tangga terletak di hadapan, manakala ruang tengah, serambi sama naik, bilik dan ruang dapur terletak di bahagian belakang. Rumah ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih dari 20 batang tiang pada rumah ibunya.

Bahan-bahan binaan rumah cengal, meranti, damar laut dan buluh manakala atapnya diperbuat dari rumbia,nipah dan genting senggora.