Rumah Melaka Rumah Melaka

 

Rumah Melaka terkenal dengan tangga batu yang disalut dengan jubin beraneka warna yang menceriakan lagi keadaan rumah tersebut. Rumah Melaka didirikan menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Ruang rumah Melaka terdiri daripada ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengahnya pula terdapat sebuah bilik antara rumah ibu dan rumah dapur yang dipanggil selang.

Terdapat juga ruang tengah diantara bumbung dengan bilik yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut digunakan sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis dan tempat simpanan barang-barang. Rumah Melaka biasanya dibina daripada kayu cengal, meranti dan damar laut.