Rumah Perak Rumah Perak

 

RUMAH PERAK

 

Rumah tradisional Melayu Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai. Manakala di bahagian bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.

Rumah Kutai dibina daripada kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan pelupuh.